MASJID LAPAN KUBAH JERTEH, TERENGGANU | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2
Автор: AddaShuk Films
Загружено: 2023-01-06
Просмотров: 994
Описание:
Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Rusia Jerteh kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai.
Lokasi ke Masjid 8 Kubah, Klik link dibawah
https://goo.gl/maps/ex1AxudEZLoJSAXk6
Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com
Masjid Lapan Kubah Terengganu ini berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri.
Ada yang sanggup datang dari utara tanah air bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di Masjid 8 Kubah Terengganu yang menyerupai antara tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Kewujudan Masjid 8 Kubah Besut ini turut menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini. Masjid ini juga pernah menjadi tempat viral di Terengganu dan tempat menarik di Terengganu untuk dilawati.
Dengan jolokan nama Masjid Rusia Terengganu yang dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai itu sebenarnya bertujuan menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang. Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Untuk video-video menarik akan datang, jangan lupa subscribe Addashuk Films dan jangan lupa tekan loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video yang baru dimasa akan datang. Terima kasih kerana menonton.
Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: