ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur / Federal Territory Mosque

Автор: Fawwaz Media

Загружено: 2023-05-10

Просмотров: 1900

Описание: Pembinaan Masjid Wilayah ini dimulakan pada 25 Syawal 1416 Hijrah bersamaan 15 Mac 1996 dan siap dibina pada 30 Ogos 2000. Upacara serah milik kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dibuat pada September 2000.

Masjid Wilayah Persekutuan terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tapak binaannya berkeluasan kira-kira 13.4 hektar, iaitu di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan.

Cadangan pembangunan Masjid Wilayah ini diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Ia merupakan projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diiktiraf berstatus Masjid Negeri.

Keindahan dan keunikan Masjid Wilayah ini terletak pada seni binanya yang berkonsepkan gaya zaman era Uthmaniyah di Turki pada abad ke-16. Walaupun seni bina begini dikatakan agak terbelakang, namun konsep tersebut amat popular pada kebanyakan bangunan masjid di seluruh dunia.

Dalam satu-satu masa, masjid berkeluasan 47,000 meter persegi itu mampu menempatkan 17,000 jemaah.

Bangunan masjid ini dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 18 Februari 2005.

Kubah Masjid Wilayah terdiri daripada sebuah kubah utama bersaiz besar, tiga kubah separa, dua kubah menara dan 16 kubah kecil yang berada di atas ruang solat utama serta anjung-anjung masjid. Kubah utamanya bergaris pusat kira-kira 30 meter dengan ketinggian 45 meter dari aras lantai dewan solat utama. Bahan untuk binaan kubah terdiri daripada jenis exposy glassfire dan berkemasan jubin mozek yang menggunakan teknik bit-map. Berwarna biru firuz, kubah ini dihiasi dengan hiasan reka bentuk lingkaran bunga dan dedaunan yang menjalar.

Material yang digunakan pada hiasan dan tatahias luaran dan dalaman Masjid Wilayah ini berasaskan kayu dan batu. Ukiran-ukiran lebih bertumpu kepada komponen yang diperbuat daripada kayu seperti yang dapat dilihat pada pintu, tingkap dan sebahagian jeriji di dinding masjid. Pemidang di dewan solat wanita dan mimbar juga diperbuat daripada kayu yang telah diukir.

Ukiran yang halus dan unik boleh dilihat pada dinding kemasan batuan simen, manakala silingnya berturap simen telah dibentuk dan diukir mengikut acuan. Motif kebanyakan ukiran kayu yang menghiasi masjid ini berbentuk awan larat yang diambil daripada bentuk-bentuk lima jenis bunga harum seperti bunga tikam seladang (bunga mas), cempaka, kenanga, tanjung, melur serta daun yang menghijau seperti paku pakis.

Kayu-kayu hiasan terdiri daripada jenis kayu cengal yang diukir oleh tukang-tukang mahir tempatan yang didatangkan dari Terengganu dan Kelantan. Bahagian dalam masjid dihiasi dengan lampu-lampu yang mengeluarkan cahaya bergemerlapan. Lampu candelier yang digantung pada sebelah dalam kubah utama pula berbentuk moden dan eksklusif. Keindahannya terserlah apabila semua lampu itu dipasang terutama pada waktu malam.

Ukiran batu pula dibuat pada pintu gerbang utama dan mihrab. Jenis batu yang digunakan terdiri daripada batu marmar Makarana. Pembuatan batu ini diselenggarakan di tiga pusat yang terletak di Agra, Jaipur dan Makarana di Rajestan, India. Batu-batu ini diukir oleh pengukir mahir di India dengan menggunakan konsep in lay daripada jenis batu permata dan dipasang di tapak binaan oleh pekerja-pekerja tempatan dan dikemaskinikan serta dihalusi oleh pekerja India.

Penggunaan batu permata pelbagai jenis seperti batu lapisan lazuli, black onyx, malachite, red and golden jasper, mother of pearl dan tiger eye menjadikan Masjid Wilayah ini begitu istimewa. Tulisan khat jenis Thuluth turut memainkan peranan penting dan amat bermakna sebagai hiasan kaligrafi kepada Masjid Wilayah ini. Ia diterapkan di tempat-tempat tertentu supaya mudah dihayati dan difahami terutama di gerbang pintu masuk.

#masjidwilayah #malaysia #fawwazmedia
---------------
Tranquil Fields (Eastern) by Alexander Nakarada | https://www.serpentsoundstudios.com
Attribution 4.0 International (CC BY 4.0)
https://creativecommons.org/licenses/...

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur / Federal Territory Mosque

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Lebuhraya LTU/CSR: Bukit Sejuk, Gua Musang (Januari 2026)

Lebuhraya LTU/CSR: Bukit Sejuk, Gua Musang (Januari 2026)

10 Most Amazing and Beautiful MOSQUES in Malaysia You Must Visit 🇲🇾 | Masjid Tercantik Di Malaysia

10 Most Amazing and Beautiful MOSQUES in Malaysia You Must Visit 🇲🇾 | Masjid Tercantik Di Malaysia

Solat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (bahagian 3)

Solat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (bahagian 3)

С 1 Января Вступили НОВЫЕ Правила для Паспортов (тебе откажут)

С 1 Января Вступили НОВЫЕ Правила для Паспортов (тебе откажут)

Putrajaya, 🇲🇾Malaysia【Putra Mosque】【4K】

Putrajaya, 🇲🇾Malaysia【Putra Mosque】【4K】

Lebuhraya KBKK Pakej 3C: Kuala Krai ke Keroh (Januari 2026)

Lebuhraya KBKK Pakej 3C: Kuala Krai ke Keroh (Januari 2026)

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur | Federal Territory Mosque | Masjid Wilayah (4k Video)

Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur | Federal Territory Mosque | Masjid Wilayah (4k Video)

Destinasi inspirasi 2011 : Masjid Putra

Destinasi inspirasi 2011 : Masjid Putra

⚡️ Гиперзвуковой удар России || Убита охрана президента

⚡️ Гиперзвуковой удар России || Убита охрана президента

Lebuhraya WCE: Bukit Raja ke Lebuhraya KESAS

Lebuhraya WCE: Bukit Raja ke Lebuhraya KESAS

KENALI MASJID- Masjid Negara, Kuala Lumpur Malaysia

KENALI MASJID- Masjid Negara, Kuala Lumpur Malaysia

4K MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR! #malaysia

4K MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR! #malaysia

Lebuhraya KBKK Seksyen 2B: Kok Lanas ke Ketereh (Januari 2026)

Lebuhraya KBKK Seksyen 2B: Kok Lanas ke Ketereh (Januari 2026)

Masjid Wilayah l Tarawih Prayers l MWPKL l Sheikh Maswoud Ridwan

Masjid Wilayah l Tarawih Prayers l MWPKL l Sheikh Maswoud Ridwan

Куала-Лумпур, Малайзия. Город, где роскошь доступна!

Куала-Лумпур, Малайзия. Город, где роскошь доступна!

Топ-40 Крупнейших Мечетей

Топ-40 Крупнейших Мечетей

Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid Wilayah Persekutuan

Drone Footage | DJI Mini 2 | Masjid Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur | Cinematic [4K]

Drone Footage | DJI Mini 2 | Masjid Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur | Cinematic [4K]

Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Masjid Jamek Cina Muslim Klang

masjid negara KUALA LUMPUR (3)

masjid negara KUALA LUMPUR (3)

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]