ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

"Saya Sendiri Duduk Di Bukit Kepong Setahun Untuk Hasilkan Filem" -- Jins Shamsuddin

Автор: UMNO MALAYSIA

Загружено: 2011-09-13

Просмотров: 263757

Описание: KUALA LUMPUR, 13 Sept -- Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Pas , Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin.

Sebaliknya menurut Tan Sri Jins Shamsuddin kajian menyeluruh dilakukan dalam menerbitkan Filem Bukit Kepong itu termasuk mendapat bantuan penduduk kampung, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera selain pihak Polis.



"Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal.

"Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.

Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi.

Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati.

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.

"Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

"Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
"Saya Sendiri Duduk Di Bukit Kepong Setahun Untuk Hasilkan Filem" -- Jins Shamsuddin

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

Rayuan Imuniti Kes Saman Yusoff Rawther; Anwar Diarahkan Bayar Kos RM50,000 | PBS Terkini

Rayuan Imuniti Kes Saman Yusoff Rawther; Anwar Diarahkan Bayar Kos RM50,000 | PBS Terkini

Talent from Oman SHOCKS the Coaches on The Voice of Ukraine!

Talent from Oman SHOCKS the Coaches on The Voice of Ukraine!

🔴 KEDUDUKAN ASAL ISTANA MELAKA MENGHADAP KIBLAT? | MELAKA

🔴 KEDUDUKAN ASAL ISTANA MELAKA MENGHADAP KIBLAT? | MELAKA

Tun Hussein Onn 1987 - Presiden UMNO yang tiada sokongan ahli-ahlinya

Tun Hussein Onn 1987 - Presiden UMNO yang tiada sokongan ahli-ahlinya

Lawak Kenangan Dulu Trio Santan Berlada Ali Mamak Acappan Khairul Azhar

Lawak Kenangan Dulu Trio Santan Berlada Ali Mamak Acappan Khairul Azhar

Bukan RM50k Yang Jadi Cerita - Reputasi Anwar Tercalar Bila Rayuan Imuniti Ditarik Balik

Bukan RM50k Yang Jadi Cerita - Reputasi Anwar Tercalar Bila Rayuan Imuniti Ditarik Balik

Dendang Perantau

Dendang Perantau

Pijak Quran, Kuil Rawang diroboh, Najib jadi PM| SEKILAS FAKTA

Pijak Quran, Kuil Rawang diroboh, Najib jadi PM| SEKILAS FAKTA

LIVE: Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin adakan sidang media

LIVE: Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin adakan sidang media

Cita Citata - Sakitnya Tuh Disini (Official Music Video)

Cita Citata - Sakitnya Tuh Disini (Official Music Video)

Иранның жаңа басшысы, Қазақстанға қауіп, АҚШ-тың үздіксіз шабуылы — AzatNEWS | 04.03.2026

Иранның жаңа басшысы, Қазақстанға қауіп, АҚШ-тың үздіксіз шабуылы — AzatNEWS | 04.03.2026

Rohana Jalil - Jangan Main Mata (1994) LIVE

Rohana Jalil - Jangan Main Mata (1994) LIVE

Nawrocki: mamy 185 miliardów na wojsko bez długów u obcych mocarstw!

Nawrocki: mamy 185 miliardów na wojsko bez długów u obcych mocarstw!

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut -- Zulkifli

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut -- Zulkifli

Teuku Nyak Putih - Bapa P. Ramlee

Teuku Nyak Putih - Bapa P. Ramlee

Pesanan Buat Kekasih

Pesanan Buat Kekasih

"Przekroczyli wszystkie czerwone linie". Kraje Bliskiego Wschodu grożą odwetem

Express Republiki 04.03.2026 | TV Republika

Express Republiki 04.03.2026 | TV Republika

"MB KEDAH PEGANG 7 JAWATAN" ! AZALINA BONGKARKAN ! APA HAL PAS NI !

STRATY, NARZEKANIA, PRZEKLEŃSTWA I MAJTKI - PODSŁUCHANE ROZMOWY ROSYJSKICH GENERAŁÓW [BOJKE]

STRATY, NARZEKANIA, PRZEKLEŃSTWA I MAJTKI - PODSŁUCHANE ROZMOWY ROSYJSKICH GENERAŁÓW [BOJKE]

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]