Isu Kuil Haram - Lebih 300 NGO Serah Memorandum
Автор: AhliSolawat
Загружено: 2026-02-27
Просмотров: 107
Описание:
Penyerahan Memorandum Oleh Lebih 300 NGO : Antara Dua Darjat
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meletakkan trak penunda untuk menghalang laluan masuk. Menutup pagar masuk dibentengi berpuluh-puluh pegawai penguatkuasa MPS.
YDP MPS yang telah dimaklumkan lebih awal akan kehadiran kami tidak hadir menerima memorandum kami kerana ada program luar.
Kami meminta pegawainya untuk menelefon tetapi tidak menjawab walaupun 4 pegawai berlainan menghubunginya.
Programnya lebih penting dari agenda rakyat?
Ahli Parlimen Selayang menyantuni penceroboh & pembina kuil haram seolah-olah mereka dizalimi tetapi tuan tanah dilayan bagai orang yang bersalah.
Alangkah baiknya jikalau puluhan penguatkuasa MPS yang dijadikan benteng depan pagar dihantar menguatkuasakan undang-undang & merobohkan rumah anutan haram di Selayang!
Sebelum beransur, kami memberikan komitmen kepada MPS jikalau mereka kekurangan tenaga kerja, kami ada ramai sudi membantu.
Jikalau ada ahli politik & gengster tahi kucing mengugut, kami akan ada buat mereka mempertahankan penguatkuasa MPS.
Memorandum kepada MPS agar menguatkuasakan undang-undang terhadap rumah anutan haram di Selayang.
Berbeza pula layanan di IPD Gombak.
Sepanjang perjalanan, IPD Gombak menempatkan anggotanya mengawal lalu lintas. Pintu pagar dibuka, tempat parkir disediakan & OCPD IPD Gombak sendiri turun menerima memorandum dari kami.
Alhamdulilah. Sangat profesional.
Memorandum kepada IPD Gombak merangkumi meminta IPD Gombak menangkap penceroboh tanah & penghasut serta pelindung penceroboh tanah.
OCPD memaklumkan kertas siasatan terhadap Arun Dorasamy telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Tangkap & dakwa Arun serta mereka yang bersamanya!
Ini hanya permulaan. Selepas ini akan menghantar memorandum kepada SPRM untuk menyiasat kesemua PBT! 4 pegawai MPS telah ditahan SPRM.
Kebangkitan rakyat yang bersatu tanpa mengira bangsa & agama. Demi kedaulatan undang-undang!
Ini gerakan rakyat ubtuk rakyat bukan politik!
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: