Mohamad Alamin Seru Perwakilan KULN Bersama Perkukuh Parti Demi Masa Depan
Автор: Umno Online
Загружено: 2026-01-14
Просмотров: 7
Описание:
Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Mohamad Alamin berharap agar kelab tersebut terus memainkan peranan hebat untuk memartabatkan parti di luar negara.
Mohamad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpandangan bahawa seluruh pejuang UMNO perlu meletakkan kepentingan parti untuk tentukan hala tuju pada masa hadapan.
“Kita perlu fikirkan hala tuju UMNO. Di Sabah, situasinya berbeza. Di Semenanjung juga (situasinya) agak berat. Saya setuju bahawa kita kena letak kepentingan parti pada waktu ini untuk tentukan hala tuju masa hadapan.
“Nak buat keputusan itu mudah, tetapi apabila kita fikirkan untuk masa hadapan itu agak sukar. Adakah kita mahu tinggalkan parti kita ini untuk generasi akan datang dalam keadaannya sebegini?” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama perwakilan KULN yang hadir bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025), pada Selasa.
Tegasnya, keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah untuk memastikan kuasa eksekutif khususnya bagi kepentingan orang Melayu dipertahankan.
“Kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan Perpaduan pada ketika ini ialah Timbalan Perdana Menteri.
“Kita perlu terus kekal bersama-sama untuk memastikan UMNO ini kekal bernyawa dalam keadaan sukar. Kita perlu pastikan kuasa eksekutif dipertahankan dengan terus berada dalam kerajaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa terdapat tiga orang jurucakap yang akan mewakili KULN untuk sesi perbahasan pada PAU kali ini.
“Pada PAU kali ini kita ada tiga jurucakap. Pertama dari Mesir; untuk sidang Pergerakan Pemuda UMNO dari Auckland dan Pergerakan Puteri UMNO dari Indonesia.
“Saya harap jurucakap yang diamanahkan untuk buat yang terbaik, cetuskan pemikiran anak-anak luar negara. Anda bergaul dengan pelbagai orang di negara masing-masing, sudah semestinya pemikiran itu agak berbeza.
“Kita ingin tahu bagaimana pandangan orang luar terhadap Malaysia dan UMNO. Saya harap semua perwakilan berikan sokongan yang padu kepada mereka.
“Pada hari ini kita berjaya mengadakan 22 cawangan Kelab UMNO Luar Negara. Kita akan bekerja lebih kuat untuk menambah bilangan cawangan. Saya harap Kelab UMNO Luar Negara akan terus memainkan peranan hebat, memartabatkan UMNO di luar negara,” katanya lagi. – UMNO Online
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: