DR MAZA RESPON SERANGAN LEBAI PAS TERHADAPNYA! SPEAKER PAS PERLIS TARIK PENGOSONGAN DUN!
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2025-12-31
Просмотров: 1303
Описание:
Umat Islam tidak seharusnya menerima secara membuta-tuli setiap pandangan agama yang diberikan oleh pemimpin atau guru.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, pendapat termasuk oleh seorang ulama besar sekali pun berhak dipersoalkan sekiranya jelas bercanggah dengan al-Quran dan sunah.
Menurutnya, di dalam Islam, tiada siapa yang maksum atau bebas daripada kesalahan kecuali Nabi Muhammad SAW.
“Apa-apa pandangan berkaitan Islam yang bercanggah dengan al-Quran, sunah, fakta yang terbukti atau prinsip asas kemaslahatan (maslahah) yang selari dengan syariah mestilah ditolak, tanpa mengira siapa tokoh agamanya.
“Pandangan setiap orang sama ada mufti, guru, atau ustaz boleh diterima atau ditolak, melainkan jika ia bersandarkan kepada hujah dan kefahaman yang benar daripada al-Quran dan sunah,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza menambah, walaupun Islam memerintahkan umatnya untuk menghormati para ulama dan beradab dengan mereka, ia sama sekali tidak menghalang seseorang daripada mengemukakan kritikan yang berasas atau mempertikaikan pandangan seseorang ulama.
Namun, jelasnya, ia perlu dilakukan dengan mengekalkan adab dan disiplin yang dituntut oleh agama serta adat dalam perbualan dan perbincangan.
“Adalah jelas kita dituntut untuk menghormati orang lain, khususnya para tokoh agama, namun ini tidak menghalang kita daripada menyampaikan kebenaran, asalkan mematuhi adab dan akhlak yang diajarkan oleh Islam.
“Inilah pendekatan yang telah diamalkan oleh para ulama Islam yang dihormati sejak berabad-abad lamanya,” katanya.
Tambahnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana terdapat sebahagian masyarakat yang takut untuk mempersoalkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ustaz, guru atau ulama, walaupun apa yang diperkatakan oleh individu berkenaan jelas tidak berasas.
Kata beliau, tokoh-tokoh agama itu seolah-olah diberikan kebebasan yang sangat luas untuk menyatakan apa sahaja atas nama agama, walaupun tanpa dalil atau bukti yang kukuh.
“Mereka cuba melumpuhkan pemikiran masyarakat supaya orang ramai taat kepada mereka secara mutlak tanpa soal, dengan mendakwa bahawa orang awam jahil tentang agama.
“Sedangkan apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ini jelas bercanggah dengan fakta yang diketahui,” katanya. – MalaysiaGazette
Sumber Berita
1. https://malaysiagazette.com/2025/12/3...
2. https://www.bharian.com.my/berita/nas...
3. https://harapandaily.com/2025/12/31/t...
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: