Resepi kuih getas tanpa kelapa parut ! Senang , sedap dan mudah
Автор: Iba hairi
Загружено: 2025-07-13
Просмотров: 982
Описание:
Resepi kuih getas tanpa kelapa parut
Bahan A
2 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum (kalau korang tak suka terlalu chewy , letak 1/2 cawan tepung gandum)
1 tsp garam
Bahan B
1 cawan air
Bahan C
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
Bahan D
1/2 tbsp tepung gandum
Cara caranya ~~
Campurkan kesemua bahan A kedalam mangkuk , dikacau sehingga sebati , kemudian masukkan bahan B iaitu air sikit demi sedikit , kemudian diaduk sehingga menjadi doh seperti video diatas . Setelah itu bentukkan doh mengikut bentuk yang anda suka .
Kemudian ambil pinggan , taburkan tepung diatasnya (tujuannya supaya doh tak melekat dekat pinggan tersebut) dan susunkan doh yang sudah siap dibentuk diatas pinggan .
Setelah itu panaskan minyak , tapi jangan terlalu panas dan terus masukkan kuih getas tersebut (api perlahan) . Masak sehingga warna menjadi kuning cair , jangan golden tau.
Untuk buat air gula , masukkan bahan C , masak sehingga menjadi buih halus kemudian masukkan kuih getas tersebut dan matikan api . Gaul kuih getas tersebut sehingga tersalut gula (kene sabar sikit , sebab ambil masa nak tersalut). Kemudian taburkan bahan D , gaul sebentar dan siap untuk dihidang …
Untuk resepi ni bole dapat dalam 15 ke 16 biji kuih getas ikut bentuk dan saiz korang buat . Dan dalam video ni iba goreng 9 biji kuih getas je ..
Jangan lupa like share komen dan subscribe
Terima kasih sudi menonton ❤️❤️
Chillpeach - In Dreamland
• [no copyright music] 'In Dreamland ' backg...
#kuihgetas #kuihgetastanpakelapa #malaysia #sedap #sedapsangat
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: