Seorang anggota tentera maut
Автор: Buletin TV3
Загружено: 2016-06-06
Просмотров: 668
Описание:
Seorang anggota tentera maut susulan kebakaran dan siri letupan yang menggegarkan sebuah depoh simpanan peluru dan senjata berat tentera, di Sri Lanka.
Sekurang-kurangnya 6 orang lagi termasuk seorang anggota tentera, mengalami kecederaan.
Kebakaran di Kem Tentera Salawa, kira-kira 33 kilometer ke timur ibu kota Colombo bermula malam semalam.
Ia kemudian merebak ke depoh simpanan senjata, sekaligus menyebabkan beberapa letupan.
Anggota bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian menghadapi kesukaran menghampiri kawasan berkenaan, akibat siri letupan yang kuat.
Letupan berlarutan selama lebih 5 jam.
Sebelum ini, ribuan penduduk dalam lingkungan lima kilometer dari depoh itu terpaksa dipindahkan, ketika serpihan jatuh ke kediaman mereka.
Menurut penduduk, letupan kedengaran sejauh lebih 12 kilometer.
Kebanyakan mereka dibenarkan pulang pagi tadi.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan.
Kerajaan Sri Lanka mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Polis menjalankan siasatan.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: