ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

'Isytihar perang' buat Dewan Rakyat jadi panas

Автор: KiniTV

Загружено: 2019-03-13

Просмотров: 794185

Описание: Dewan Rakyat hari ini “panas” apabila ahli parlimen pembangkang menimbulkan kenyataan kontroversi "perisytiharan perang" Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengingatkan semua ahli parlimen agar tidak mengapi-apikan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Mohamad Ariff memberi peringatan itu susulan kekeceohan ketika Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berbahas dan menyentuh tentang kenyataan asal Lim yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno merupakan "pengisytiharan perang" terhadap bukan Islam.

"Peraturan mesyuarat juga sebutkan jangan bangkitkan isu-isu yang menimbulkan perasaan jahat antara kaum.

"Jadi memadai jika sesuatu sudah kita sebut, tak perlu disokong atau diapi-apikan," kata Mohamad Ariff.

Rabu lalu, Lim mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina menggesa MCA meninggalkan BN kerana menurutnya, Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap golongan bukan Islam.

Selepas kenyataan itu dilapor media, Lim membuat pembetulan dengan mengeluarkan istilah "pengisytiharan perang" dan menggantikannya dengan perkataan "menyasarkan".

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri mempersoalkan sama ada kenyataan asal Lim boleh dianggap provokasi ke atas masyarakat bukan Islam untuk "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat Islam di Malaysia.

"Adakah ia (kenyataan Lim) merupakan provokasi kepada bukan kaum Melayu untuk isytihar perang kepada orang Melayu di negara kita?

"Ini merupakan satu provokasi yang amat serius. Kalau provokasi ini diambil oleh pihak bukan Melayu dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap orang Melayu, bermakna tentu saja akan berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini seperti 13 Mei 1969," kata ahli parlimen Bera itu.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata: "Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kemudian bertanya ahli parlimen mana yang membuat kenyataan itu, yang membuatkan Takiyuddin tampil dan mengulang sekali lagi: "Saya cakap, kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".

Pemimpin PH kemudian menyatakan bantahan dengan kenyataan itu, sebelum Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berdiri dan mengulangi: "Kalau ada perang kita sambut perang!"

Lim tidak hadir di Dewan Rakyat.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa 58 laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan Lim mungkin dipanggil untuk disoal siasat.

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
'Isytihar perang' buat Dewan Rakyat jadi panas

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

PN terima MIC?, Parlimen kecoh!, Rapatkan saf barulah tiada syaitan| SEKILAS FAKTA

PN terima MIC?, Parlimen kecoh!, Rapatkan saf barulah tiada syaitan| SEKILAS FAKTA

Kecoh di Parlimen Akta Lompat Parti

Kecoh di Parlimen Akta Lompat Parti

LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Rabu 21 Januari 2026 (sesi petang)

LIVE: Sidang Dewan Rakyat, Rabu 21 Januari 2026 (sesi petang)

MP Pasir Mas:'Saya mahu kerajaan jawab berapa pendakwaan, roboh rumah ibadat haram atas tanah orang'

MP Pasir Mas:'Saya mahu kerajaan jawab berapa pendakwaan, roboh rumah ibadat haram atas tanah orang'

HULU SELANGOR BAKAL JADI HUB BABI TERBESAR MALAYSIA? | Lepak Borak2 Der Ep:22 with YB Hasnizan Harun

HULU SELANGOR BAKAL JADI HUB BABI TERBESAR MALAYSIA? | Lepak Borak2 Der Ep:22 with YB Hasnizan Harun

PAS desak Kerajaan Selangor bertindak segera isu ladang babi

PAS desak Kerajaan Selangor bertindak segera isu ladang babi

Lim Guan Eng: Where are the missing GST refunds?

Lim Guan Eng: Where are the missing GST refunds?

Bagaimana mahu lawan rasuah jika elit dapat diskaun? - Hassan Karim

Bagaimana mahu lawan rasuah jika elit dapat diskaun? - Hassan Karim

Lim Kit Siang dihalau dari Dewan  kerana Speaker tidak berani jawab soalan

Lim Kit Siang dihalau dari Dewan kerana Speaker tidak berani jawab soalan

'Tak perlu berhelah!' - Azalina 'tikam lidah' dengan Takiyuddin isu tahanan rumah

'Tak perlu berhelah!' - Azalina 'tikam lidah' dengan Takiyuddin isu tahanan rumah

How are we to fight corruption when some elitists get ‘discounts’? – MP

How are we to fight corruption when some elitists get ‘discounts’? – MP

Viral Anggota DPR Malaysia Cekcok Hebat di Parlemen Menolak Dikeluarkan dari Sidang

Viral Anggota DPR Malaysia Cekcok Hebat di Parlemen Menolak Dikeluarkan dari Sidang

Tajuddin diminta keluar Dewan kerana ganggu Khalid

Tajuddin diminta keluar Dewan kerana ganggu Khalid

Pandikar tak nampak 'hantu' Kit Siang masuk Dewan Rakyat

Pandikar tak nampak 'hantu' Kit Siang masuk Dewan Rakyat

Selepas 'diasak', Bung Moktar tarik balik sebut 'F*** You' dan pelacur

Selepas 'diasak', Bung Moktar tarik balik sebut 'F*** You' dan pelacur

Kecoh! 20 minit sidang tegang libat Anwar, PN keluar dewan beramai-ramai

Kecoh! 20 minit sidang tegang libat Anwar, PN keluar dewan beramai-ramai

Sengit, Parlemen Malaysia Cecar Anwar Ibrahim Masalah Perbatasan dengan Indonesia

Sengit, Parlemen Malaysia Cecar Anwar Ibrahim Masalah Perbatasan dengan Indonesia

Kepala Bapak Kau- Noh Omar maki Ahli Parlimen Jelutong

Kepala Bapak Kau- Noh Omar maki Ahli Parlimen Jelutong

Bung’s ‘F*** you’ worse than my ‘gangster’, says Ramkarpal

Bung’s ‘F*** you’ worse than my ‘gangster’, says Ramkarpal

Dewan Rakyat Panas: Isu 13 Mei timbul ketika bahas RMK13

Dewan Rakyat Panas: Isu 13 Mei timbul ketika bahas RMK13

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]