Pentingnya mengikhlaskan ibadah hanya kerana Allah
Автор: Pendidikan Akhirat
Загружено: 2025-05-22
Просмотров: 346
Описание:
Sambungan tadabbur surah Saad ayat 83
Sebelum ini pada ayat 82, iblis berkata,
قالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغوِيَنَّهُم أَجمَعينَ
dia (iblis) berkata, “Maka dengan kehebatan Engkau pasti sesungguhnya aku akan sesatkan mereka kesemua.”
Sekarang pada ayat 83
إِلّا عِبادَكَ مِنهُمُ المُخلَصينَ
kecuali hamba Engkau daripada kalangan mereka
Dalam al-Quran ada juga kalimah المُخْلِصِينَ huruf ل berbaris bawah dan maknanya berbeza dengan لَ المُخلَصينَ. Jika المُخْلِصِينَ bermaksud orang yang mengikhlaskan dirinya ketika beribadat kepada Allah. Tiada riak, jauh sekali mengharap pujian dan sanjungan orang dan jika ibadat sunat dia sembunyikan supaya tiada orang tahu. Tetapi kalimah المُخلَصينَ bermaksud orang yang diikhlaskan oleh Allah. Ianya saling berkaitan. Hanya orang yang mengikhlaskan ibadahnya kerana Allah maka Allah akan sucikan hatinya betul-betul buat ibadah hanya kerana Allah.
Contoh lain kalimah مُجَاهِد bermaksud orang yang berjihad. Tetapi jika مُجَاهَد pula ialah orang yang dijihad atau orang orang yang ditentang. Bertukar baris bertukar maksud.
Maka salah satu cara untuk kita selamat dari tipu daya syaitan ialah pastikan kita buat ibadah hanya kerana Allah. Jangan ada sedikit pun kerana orang.
Contoh pergi kelas belajar agama ada tak kebarangkalian kita ditipu oleh syaitan? Ya jika kita pergi kelas sebab kebetulan kawan ajak, maka takut-takut dah lari niat bukan kerana Allah. Maka bila tak ikhlas senang untuk syaitan tipu.
Dalam ayat ini juga ada kalimah عِبَاد. Apa maknanya? Hamba. Maka, semakin seseorang itu menjadi hamba kepada Allah maka semakin dia ikhlas dan semakin susah syaitan nak menyesatkannya. Jangan jadi hamba kepada nafsu yang akhirnya mudah bagi syaitan untuk menyesatkan.
Ikuti video penuh di link https://www.youtube.com/live/xTgK5ql6...
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: