ycliper

Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
Скачать

GEMPAK! TERIMA KASIH DOA LAKNAT! KRISIS BERSATU SEMAKIN PARAH!

Автор: ORAITNOPO Channel

Загружено: 2026-02-15

Просмотров: 1676

Описание: Tidak sampai 24 jam selepas 16 Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan terbuka terhadap gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai Presiden, kemelut dalaman parti itu memasuki episod lebih genting apabila Lembaga Disiplin parti berkenaan memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bukan Hamzah sahaja, malah 16 lagi ahli termasuk tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menerima nasib sama dan keadaan itu menunjukkan pendekatan kompromi bukan lagi pilihan bagi menyelesaikan krisis dalaman Bersatu.
Selepas episod pemecatan beramai-ramai itu, krisis terus memuncak apabila hari ini Hamzah dan Muhyiddin mengadakan pertemuan berasingan bersama penyokong masing-masing, sekali gus memperlihatkan pertembungan kuasa dalam Bersatu semakin parah.

Muhyiddin dalam kenyataan selepas pertemuan dengan penyokongnya berkata tindakan disiplin terhadap beberapa ahli Bersatu, termasuk pemimpin kanannya, adalah pilihan terbaik pada masa ini bagi memastikan parti terus stabil dan kukuh.

Hamzah pula berkata beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya dan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas, menganggap dirinya sebagai “a freeman” dan tidak lagi terikat untuk melakukan perkara yang tidak disukainya.

Pemerhati politik melihat krisis yang melanda Bersatu itu sebagai indikator jelas kewujudan perebutan keabsahan antara dua kem besar dalam parti, yang berpotensi membawa kepada perpecahan serta menjejaskan keyakinan pengundi menjelang pilihan raya negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Bagi Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian, pergolakan ini bukan sekadar krisis dalaman biasa dan tindakan disiplin yang diambil Bersatu perlu dibaca sebagai usaha menegaskan siapa yang masih memegang kuasa formal dalam parti.

“Ini bukan sekadar pertemuan biasa. Ia adalah ‘battle of legitimacy’ dan siapa yang lebih berjaya membingkai isu ini akan menentukan siapa dilihat sah memimpin parti. Krisis ini akan mengganggu jentera, moral akar umbi serta rundingan kerusi dengan rakan gabungan.

“Parti yang sibuk menyelesaikan konflik dalaman lazimnya kurang fokus terhadap mobilisasi pilihan raya. Pengundi melihat kestabilan sebagai indikator keupayaan mentadbir dan konflik terbuka memberi gambaran ketidakstabilan serta perebutan kuasa, sekali gus menjejaskan keyakinan terhadap kemampuan parti untuk mengemudi negara,” katanya kepada Bernama.

Dalam politik Malaysia yang kompetitif, katanya, sebarang krisis berpanjangan boleh dimanfaatkan lawan politik untuk memperkukuh naratif bahawa parti berkenaan gagal mengurus perbezaan secara matang.

“Jika wujud situasi di mana kepimpinan formal berdepan cabaran sokongan politik secara terbuka, parti berisiko berpecah sama ada secara rasmi atau melalui pembentukan blok yang bergerak secara berasingan dalam parti yang sama,” katanya.

“Sekiranya berlaku perpecahan, kemungkinan Bersatu akan kekal dengan Muhyiddin dan Azmin (Setiausaha Agung Bersatu) bersama Parti Gerakan serta MIPP (Parti Rakyat India Malaysia), manakala Hamzah pula berpotensi disokong Pas dan beberapa parti lain, termasuk kemungkinan membuka ruang kerjasama dengan UMNO,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu juga berkata impak terbesar susulan kemelut dalaman Bersatu adalah berhubung status Ketua Pembangkang yang disandang Hamzah.

“Tekanan meningkat untuk rombakan posisi Ketua Pembangkang dan Blok PN (Perikatan Nasional) mungkin memerlukan penyusunan semula imej kepimpinan supaya dilihat stabil, bersatu dan kredibel di mata pengundi.

“Apabila konflik terbuka, yang dipertikai bukan sekadar jawatan tetapi kredibiliti keseluruhan kepimpinan blok pembangkang dan saya percaya Pas akan menjadi penentu pengimbang antara Muhyiddin dan Hamzah, yang kini jelas menyebelahi Hamzah,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan Hamzah bukan figura kecil, sebaliknya memiliki jaringan politik tersendiri serta pengaruh dalam kalangan Ahli Parlimen tertentu.

“Hamzah berpengaruh besar dan mendapat sokongan majoriti besar dalam kalangan wakil rakyat Bersatu. Terdapat 16 + 1 wakil rakyat Bersatu bersamanya. Beliau juga disokong majoriti Ketua Bahagian Bersatu, manakala Muhyiddin tidak mempunyai kelebihan ini.

“Cuma Muhyiddin ialah Presiden Bersatu dan disokong kuat oleh Azmin. Kejadian ini memberi implikasi lebih luas terhadap kestabilan parti serta kedudukan PN, khususnya Pas sebagai rakan komponen utama,” katanya.

Sumber Berita
1. astroawani.com/berita-politik/krisis-bersatu-perebutan-keabsahan-uji-keutuhan-parti
2. https://www.astroawani.com/berita-pol...
3. https://www.astroawani.com/berita-pol...

Join this channel to get access to perks:
   / @oraitnopochannel  

Не удается загрузить Youtube-плеер. Проверьте блокировку Youtube в вашей сети.
Повторяем попытку...
GEMPAK! TERIMA KASIH DOA LAKNAT! KRISIS BERSATU SEMAKIN PARAH!

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио

Похожие видео

RENTASAN 1786 | PANAS!! TIADA KOMPROMI, 'PENYAKAU' BAKAL 'TERPERANGKAP'?

RENTASAN 1786 | PANAS!! TIADA KOMPROMI, 'PENYAKAU' BAKAL 'TERPERANGKAP'?

(LIVE) Kuil Haram: Haniff Khatri Sanggah Ambiga * Ambil Alih Berjasa? Hamzah Kena Ikut Prosedur

(LIVE) Kuil Haram: Haniff Khatri Sanggah Ambiga * Ambil Alih Berjasa? Hamzah Kena Ikut Prosedur

SPRM masuk radar Agong, Bersih 6, Bersatu tiada masa depan | SEKILAS FAKTA

SPRM masuk radar Agong, Bersih 6, Bersatu tiada masa depan | SEKILAS FAKTA

PBS Terkini | Haniff Khatri buat laporan polis ke atas polis atas dakwaan melakukan penahanan salah!

PBS Terkini | Haniff Khatri buat laporan polis ke atas polis atas dakwaan melakukan penahanan salah!

GEMPAR! PKR Belum Bincang Tindakan Rafizi | SPRM Juga Dalam Radar - Agong | Dah Dibuang, Join Saya..

GEMPAR! PKR Belum Bincang Tindakan Rafizi | SPRM Juga Dalam Radar - Agong | Dah Dibuang, Join Saya..

Bersatu pecat Hamzah, Azam sedia disiasat, Pasukan siasatan khas ditubuhkan | SEKILAS FAKTA

Bersatu pecat Hamzah, Azam sedia disiasat, Pasukan siasatan khas ditubuhkan | SEKILAS FAKTA

Tak Cukup 20 Rakaat, Tak Jadi Terawih? Ramai Masih Salah Faham!

Tak Cukup 20 Rakaat, Tak Jadi Terawih? Ramai Masih Salah Faham!

Kenapa Julia Rais 'Hilang' Selepas Bergelar Isteri Sultan? Ini Kisah Yang Ramai Tak Tahu!

Kenapa Julia Rais 'Hilang' Selepas Bergelar Isteri Sultan? Ini Kisah Yang Ramai Tak Tahu!

Isham Jalil: 'Hamzah jadi presiden Berjasa masuk PN, mesyuarat nanti boleh jumpa Muhyiddin'

Isham Jalil: 'Hamzah jadi presiden Berjasa masuk PN, mesyuarat nanti boleh jumpa Muhyiddin'

DAP tak terlibat!, ‘Lebih baik jangan tinggal di Malaysia’, Ada ‘syaitan’ bisu! | SEKILAS FAKTA

DAP tak terlibat!, ‘Lebih baik jangan tinggal di Malaysia’, Ada ‘syaitan’ bisu! | SEKILAS FAKTA

TQ MP PAS JASIN! PAS TINGGALKAN PN? PEMIMPIN VETEREN UMUM KELUAR BERSATU!

TQ MP PAS JASIN! PAS TINGGALKAN PN? PEMIMPIN VETEREN UMUM KELUAR BERSATU!

PEMILIK RUMAH DISERBU PIHAK MAJLIS TANAM KUNYIT DAN SERAI BELAKANG RUMAH

PEMILIK RUMAH DISERBU PIHAK MAJLIS TANAM KUNYIT DAN SERAI BELAKANG RUMAH

Над этим «шаолиньским монахом» смеялись — пока он не столкнулся с настоящими чемпионами мира.

Над этим «шаолиньским монахом» смеялись — пока он не столкнулся с настоящими чемпионами мира.

РФ внезапно меняет тактику / Путин обратился к ООН?

РФ внезапно меняет тактику / Путин обратился к ООН?

Penglibatan Kongsi Gelap Mafia Corp Agenda SPRM: Azam Baki, Victor Chin, MMAG, Farhash, Andy Lim

Penglibatan Kongsi Gelap Mafia Corp Agenda SPRM: Azam Baki, Victor Chin, MMAG, Farhash, Andy Lim

Странности на фронте. Мax, Боярский и  сверхдержава. Христос и VPN. Огуречный вопрос и переговоры.

Странности на фронте. Мax, Боярский и сверхдержава. Христос и VPN. Огуречный вопрос и переговоры.

"У нас 4 года ничего не получается на СВО! Украинцы воюют не хуже нас!" Признание в эфире росТВ

Iran's Diplomatic Knockout: Araghchi Drops First Nuclear Bombshell After Khamenei's 3 US Warnings

Iran's Diplomatic Knockout: Araghchi Drops First Nuclear Bombshell After Khamenei's 3 US Warnings

Япония ТАЙНО построила авианосцы. Китай в ШОКЕ!

Япония ТАЙНО построила авианосцы. Китай в ШОКЕ!

США заблокировали F-35 и турки ответили оружием которого боятся все: TCG Anadolu!

США заблокировали F-35 и турки ответили оружием которого боятся все: TCG Anadolu!

© 2025 ycliper. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]