TINDAKAN MENGEJUTKAN HAMZAH DAN PENYOKONGNYA SELEPAS DIPECAT!
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2026-02-13
Просмотров: 1701
Описание:
“Alhamdulillah. Minum petang di Rusila. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang,” demikian hantaran ringkas bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Facebooknya, hari ini.
Meskipun kapsyen tersebut terlalu ringkas, tiada sebarang perincian mahu pun penjelasan lanjut berhubung pemecatan beliau, hantaran itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik dan juga warga net.
====================================================================================
Sehari selepas dipecat keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengadakan taklimat bagi membincangkan hala tuju dan reset politik yang turut melibatkan sekumpulan pemimpin parti itu.
Perjumpaan tersebut dijadual berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini sekitar pukul 2 petang.
Dalam jemputan kepada media, taklimat tersebut turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu.
Semalam, Hamzah dipecat keahlian partinya serta-merta hasil keputusan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berkata, pemecatan berkuat kuasa semalam kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.
Sumber Berita
1. https://malaysiagazette.com/2026/02/1...
2. https://malaysiagazette.com/2026/02/1...
3. https://malaysiagazette.com/2026/02/1...
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: