Datuk Ong Kim Menggalas tanggungjawab Sebagai Pengarah Teknikal (NFDP) Yang Baharu
Автор: SUKAN KINI
Загружено: 2025-12-25
Просмотров: 42
Описание:
Datuk Ong Kim Swee telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Disember 2025.
Pelantikan ini diumumkan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, di Wisma FAM
Beliau menggantikan Oscar Francisco Gonzalez selepas keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Teknikal NFDP dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN).
Pada usia 55 tahun, beliau dianggap calon terbaik kerana pengalaman luasnya daripada peringkat akar umbi sehingga ke peringkat kebangsaan.
Ong Kim Swee pernah membimbing pasukan muda negara dan menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya pada tahun 2016.
Kejayaan besar Ong Kim Swee seperti pingat emas Sukan SEA 2011 dan membawa pasukan ke peringkat kalah mati Sukan Asia 2018.
Malah beliau mempunyai pengalaman kejurulatihan di peringkat kelab tempatan serta di Indonesia.
Pelantikan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula kekuatan bola sepak Malaysia yang bermula dari peringkat akar umbi.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: