Unboxing Converse One Star (The Shoes That Kurt Cobain Wore When He Died)
Автор: Adi Herman Pendekar Mustar
Загружено: 2020-06-13
Просмотров: 2035
Описание:
Hari Ke-87 Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan
UNBOXING CONVERSE ONE STAR
Jika di dekad 90'an dahulu, kasut Converse One Star begini sememangnya laku di pasaran. Ianya selesa untuk dipakai dan nampak stylish pada ketika itu. Harga pun tidaklah mahal sangat. Aku masih ingat lagi, ada beberapa kedai yang menjual kasut ini dengan harga bawah RM100 sahaja (original bukan copy ori ya). Ianya merupakan kasut yang menjadi pilihan para remaja ketika itu.
Apabila tular beberapa tahun lalu mengenai kasut ini yang dikaitkan dengan gambar forensik tentang kematian Kurt Cobain, ianya mendapat permintaan kembali di pasaran. Rasanya pihak Converse telah buat reissue kasut ini akan tetapi harganya mahal sedikit. Sesiapa yang masih menyimpan kasut model ini yang pembuatannya dari tahun 90'an, baik korang simpan dan buat perhiasan sebab ianya sudah boleh diklasifikasikan sebagai barang vintage. Haha.
Aku beli balik kasut ini disebabkan atas dasar nilai sentimental. Masa aku remaja dulu, aku tak pernah merasa pakai kasut macam ni. Maklumlah zaman remaja tak berduit, nak mintak mak ayah belikan takut kena marah balik. Sedih betul.
#converseonestar #converse #nirvana #kurtcobain
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: