Update Tanam Durian Dalam Kebun Getah 2025
Автор: Penanam Durian Part Time
Загружено: 2025-09-24
Просмотров: 534
Описание:
Update Tanam Durian Dalam Kebun Getah 2025
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit update tanam durian dalam kebun getah 2025. Ini hanya projek eksperimen untuk mengkaji sejauh mana pokok durian yang ditanam dalam kebun getah boleh membesar dan risiko yang akan dihadapi oleh pokok akibat daripada ancaman kulat akar seperti kulat akar putih (rigidoporus lignosus), reput akar (phytophthora palmivora dan pythium root rot) dan lain-lain. Selain itu, pokok durian yang ditanam juga kurang mendapat sinaran cahaya matahari kerana dilindungi oleh pokok getah yang sudah besar. Akar getah yang berselirat mengganggu pergerakan akar durian dan banyak menyerap baja yang ditabur di kawasan kanopi durian. Benih durian yang ditanam adalah dari benih penanti, kemudian dibuat cantuman lapangan secara selit. Antara langkah-langkah secara berjadual yang diambil bagi projek ini adalah dengan penggunaan racun kulat akar yang disiram pada pangkal dan kanopi, pembajaa granular dan juga foliar yang dicampur dengan racun kulat serta racun serangga. Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat.
Kepada sahabat-sahabat yang belum subscribe channel ini, bolehlah like, share, komen dan subscribe tanda sokongan kepada channel ini supaya berkembang dan dapat membantu penanam-penanam durian yang lain.
Link channel Penanam Durian Part Time:
/ @penanamdurianparttime802
Untuk video yang lain, boleh rujuk playlist ini:
• Santai Di Kebun
Link Facebook Group Penanam Durian Part Time:
https://www.facebook.com/groups/46015...
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: