Ustaz Azhar kini penternak dhab
Автор: Harian Metro
Загружено: 2021-02-15
Просмотров: 228023
Описание:
Bermula dengan sepasang dhab atau biawak padang pasir yang dibawa dari Mesir ke tanah air pada tahun 1994, kini seorang bekas guru agama sekolah mampu tersenyum puas apabila menternak kira-kira 100 reptilia itu di laman rumah sendiri bagi tujuan komersial.
Berbeza dengan biawak spesis lain, dhab adalah spesis yang halal dimakan umat Islam dan biasanya menjadi makanan penduduk di negara Asia Barat khususnya padang pasir seperti Mesir dan Arab Saudi.
Selain itu, dhab juga dipercayai berkhasiat dari segi kesihatan.
Penternak dhab, Azhar Mohamad Shafawi, 49, berkata, minat memelihara haiwan itu bermula ketika masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada awal 90-an bagi menjana pendapatan untuk membiaya pengajiannya ketika itu melalui penghasilan minyak dhab yang dipelajari dari rakan sekuliah.
Beliau berkata, justeru kesukaran mendapatkan haiwan itu di negara ini sehingga sekarang, selain tempoh tumbesarannya yang sangat panjang hingga mencecah ratusan tahun menjadikan harga seekor dhab yang sudah matang mencecah RM5,000 seekor.
-----------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like / harianmetro
Please follow / hmetromy
And also our / hmetromy
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: