KEMATIAN KM SARAWAK- LINTAS LANGSUNG DARI KUCHING 8 PM [11 JAN 2017]
Автор: Berita RTM
Загружено: 2017-01-11
Просмотров: 14096
Описание:
1. JOHARI - ADENAN
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang membuat pengumuman rasmi tersebut berkata, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan, 72 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 1.24 tengah hari.
2. ADENAN - PROFIL
Pengumuman berhubung pemergian Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, satu kejutan buat semua rakyat. Ini kerana rakyat negeri ini telah kehilangan seorang pemimpin yang bukan sahaja begitu disenangi atas perwatakan dan kepimpinannya, malah disanjung tinggi kerana keberaniannya memperjuangkan pelbagai agenda pembangunan yang memelihara kebajikan rakyat.
3. REAKSI ORANG RAMAI
Pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merupakan kehilangan besar kepada rakyat negeri ini. Rakyat Sarawak yang ditemui RTM menzahirkan rasa sedih dan terkejut atas pemergian pemimpin yang berjiwa rakyat dan disegani semua.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: