Isham Jalil: 'PAS jadi perdana menteri, taikun hilang arah tak tahu nak call siapa'
Автор: Malaysianometry 🇲🇾
Загружено: 2026-03-05
Просмотров: 9114
Описание:
Isham Jalil mendakwa kerajaan kini berada dalam keadaan kelam-kabut apabila ahli Parlimen kerajaan sendiri menentang kepimpinan dan gagal menyokong usul yang dibentangkan. Beliau menegaskan sokongan orang Melayu terhadap Anwar Ibrahim semakin merosot, khususnya di Selangor, dan menyifatkan hanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai parti yang masih diyakini untuk memimpin negara.
Menurutnya, selepas UMNO dan parti-parti lain diberi peluang menerajui kerajaan, sudah tiba masanya PAS diberi ruang melahirkan Perdana Menteri, termasuk daripada Perikatan Nasional. Isham turut menekankan keperluan menggubal akta pendanaan politik bagi memutuskan kitaran rasuah dan pengaruh taikun dalam politik, serta menggesa penubuhan RCI berhubung dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi penguat kuasa.
Beliau berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Sempena Pemuda Bersamamu Kali Ke 22 pada Khamis, 5 March 2026 di Dungun.
Jangan lupa untuk like, komen, dan langgan saluran kami untuk perkembangan terkini!
#malaysianometry #perikatannasional #tanahmelayu
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: