Tanda Autisme pada anak kecil anda
Автор: Hamka Kereta Mayat
Загружено: 2019-08-02
Просмотров: 654322
Описание:
Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi jika takdir sudah tertulis anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka semakin lambat anak di selamatkan. Jangan jadi seperti saya kerana saya juga termasuk dalam ‘Denial parent’,
Jadi, kepada semua keluarga diluar sana, jika anak masih kecil, lepas dua tahun jika lihat anak ada tanda tidak normal, atau ada beberapa ciri di bawah, lekaslah bawa jumpa doktor, tolong jangan lambat bertindak macam saya.
Tandanya ada dalam video, selamat menonton,
Dari video itu, jika semua ciri di atas ada pada anak anda, maka mungkin dia Several Autisme, jika separuh, mungkin mild autisme, tapi sekarang doktor cakap mudah semuanya dikenali sebagai ASD- Autisme Spectrum Disorder agar dapat dibuat terapi seawal mampu. Lagi awal lagi baik.
Jika lewat kita buat terapi, bimbang anak akan menjadi seperti haiwan sarkas, yang kena ajar setiap waktu dan kadang kadang patuh dan banyaknya tidak. Lebih bimbang apabila dewasa menjadi seperti orang kurang siuman yang menyusahkan masyarakat. Maka bukanlah ‘kerja susah’ sikit bawa anak jumpa doktor pakar, sahkan cepat cepat. Mohon kad OKU dan segera buat Early Intervention Program seperti Terapi Pertuturan, Terapi Saraf, Terapi kerja, Terapi tandas dan pelbagai lagi yang mana lagi awal kita bertindak lagi baik untuk masa depan anak.
Sungguh bukan kita sahaja diuji mendapat anak OKU, tapi anak-anak OKU juga diuji dengan mendapat ibu bapa yang cuai seperti kita, yang sanggup menafikan masa depan anak-anak akibat suka bertangguh atau bertindak dengan cara yang salah akibat kekurangan ilmu.
Takdir ini kita jangan nafikan, lagi cepat kita terima, lagi cepat kita membuat penambah baikkan dan lagi cepat kita masuk ke syurga.
Ayuh!
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: