Tradisi Menangkap Ikan Menggunakan Serkap Buluh dengan ikut traktor yang membajak sawah bendang
Автор: MASIMA Ismail
Загружено: 2021-10-18
Просмотров: 8256
Описание:
Aktiviti Tradisi | 'Menangguk ikan' jangan biar pupus ditelan zaman
Aktiviti 'menangguk ikan' mungkin bukanlah aktiviti asing bagi mereka yang berada dalam kelompok usia emas namun bagi generasi muda aktiviti itu mungkin tidak ramai yang tahu. Menangguk ikan merupakan aktiviti menangkap ikan secara tradisional menggunakan tangguk, serkap serta serampang yang telah digunakan masyarakat terdahulu sejak lebih 50 tahun lalu untuk mencari sumber pendapatan.
"Serkap" lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela manakala akar yang biasa digunakan ialah akar pukang dan rotan biasa. Serkap biasanya digunakan pada musim membajak sawah. Mereka yang ingin menyerkap ikan biasanya akan menurut di belakang tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau semasa membajak atau diturut di belakang traktor atau kubota.
"Serkap" digunakan dengan cara direjam ke dalam air dengan cara berulang kali, apabila terasa kocakan ikan membelah dinding serkap di dalam air, ini menunjukkan ikan telah mengena. "Serkap" akan ditekan dengan lebih kuat ke dalam supaya ikan yang berada di dalam "serkap" tidak akan keluar, kemudian ikan akan digagau dengan tangan melalui "mulut serkap" dengan berhati-hati agar tidak disengat ikan yang berduri seperti ikan keli.
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: