Darah Pertama (Habil & Qabil) - Pena Qalbu
Автор: Pena Qalbu Music
Загружено: 2025-12-20
Просмотров: 805
Описание:
#syahdu #laguviral #nusantara
#syahdu #laguviral #nusantara #islamicmusic
LIRIK LAGU BY PENA QALBU
MUSIC/VOCAL by Suno Ai
[Intro]
dua saudara
satu dunia
satu tanah
tapi hati mula berbeza arah
[Verse 1]
kami lahir dari satu rahim
dibesarkan dalam doa
Adam ajar kami sujud
kenal Tuhan Yang Esa
bila diminta korban
hati mula terbuka
yang satu beri sepenuh jiwa
yang satu beri apa yang tersisa
api turun tanpa suara
langit memilih tanpa nama
dan saat aku ditinggalkan
ada retak halus dalam dada
[Pre-Chorus]
aku dengar suara dari belakang niat (IBLIS)
bukan menjerit
cuma bertanya perlahan :
“sampai bila kau mahu rasa kurang?”
[Chorus]
inilah darah pertama
jatuh ke bumi meruntuh jiwa
bukan kerana lapar
tapi kerana hati yang tak mahu mengalah
tiada sorak
tiada siapa menang
hanya sunyi
yang belajar menyimpan dendam
[Verse 2]
batu itu biasa
yang luar biasa
tangan yang lupa asalnya sujud
Habil berdiri tanpa melawan
seolah percaya aku masih saudara yang jujur
satu hayunan
bukan kerana marah
tapi kerana aku kehabisan kata
untuk terima takdir yang aku tolak semua
sunyi turun bersama tubuhnya
dan bumi pertama kali menyimpan rahsia
aku berdiri lebih kosong dari jasad itu
kerana sesuatu mati di dalam jiwa
[Chorus]
inilah darah pertama
jatuh ke bumi meruntuh jiwa
bukan kerana lapar
tapi kerana hati yang tak mahu mengalah
tiada sorak
tiada siapa menang
hanya sunyi
yang belajar menyimpan dendam
[Chorus]
inilah darah pertama
hadiah untuk keangkuhan manusia
bukan kerana kuat
tapi kerana hati dibiarkan gelap
dan sejak itu
dosa belajar berjalan
perlahan
mengikut jejak keturunan
[Bridge]
aku junjung jasad ke mana-mana
tak tahu cara melepaskannya
hingga Tuhan ajar dengan makhluk kecil
bahawa menutup dosa
tak sama dengan menutup tubuh yang mati
di situlah bersemadi kematian pertama
[Outro]
Adam menangis
bumi menyimpan cerita
dan dari satu titisan
akan lahir ribuan luka
hingga satu hari
air akan turun dari langit
bukan untuk satu tubuh
tetapi untuk satu umat
Повторяем попытку...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео
-
Информация по загрузке: